Skip to main content

APA ITU ARKEOLOGI?

Ya, betul. Apa itu arkeologi? Menurut Clive Gamble, dalam bukunya yang bertajuk Archaeology, bidang ini bukan sahaja berfungsi untuk mencari tahu tentang perkara yang telah reput ataupun hilang ditelan zaman tetapi untuk membina semula masa lalu. Arkeologi adalah sebuah bidang yang mengkaji tentang tinggalan masa lampau yang menekankan tiga perkara utama iaitu: objek, lanskap dan apa yang kita hasilkan daripadanya. Walau bagaimanapun, arkeologi merupakan sebuah bidang yang sangat berbeza dengan sejarah walaupun mempunyai perkaitan yang sangat dekat. Seperti yang diketahui, sejarah adalah bidang yang bersandarkan sumber bertulis. Namun, arkeologi adalah sebuah bidang yang bersandarkan pada sumber yang berbentuk artifak yang diperoleh melalui ekskavasi.
Image result for excavation
Tapak ekskavasi

Arkeologi boleh dianggap sebagai salah satu cabang kepada bidang sejarah. Bidang ini mengkaji tentang masa lampau dengan menggunakan objek dan bukti ekskavasi sebagai sumber utama. Arkeologi membolehkan kajian terhadap masa lampau dijalankan, sama ada yang tiada sebarang bentuk tulisan ataupun tamadun yang celik huruf. 

Menurut Gabriel Moshenska, terdapat beberapa tujuan dalam bidang arkeologi. Tujuan-tujuannya adalah untuk mempelajari tentang masa lampau, mempelajari daripada masa lampau, mengurus warisan masa lampau dan membolehkan wujudnya ikatan awam dengan masa lampau.

Selain itu, arkeologi adalah bidang kajian berkenaan manusia sama ada pada masa lampau atau baru-baru ini melalui tinggalan seperti artifak, ekofak dan features. Arkeologi merupakan sebuah  bidang yang luas dan terbahagi kepada kategori yang lebih spesifik seperti kajian tentang tinggalan manusia (bioarkeologi), haiwan (zooarkeologi), tumbuhan zaman purba (paleoetnobotani), alatan batu (litik) dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga ahli arkeologi bawah laut yang mengkaji tentang aktiviti manusia di bawah permukaan laut dan juga di persisiran pantai.
Image result for artefacts
Artifak

Melalui definisi-definisi di atas, arkeologi merupakan sebuah bidang yang mengkaji tentang tamadun manusia pada zaman lampau melalui penemuan artifak, ekofak dan features yang dilakukan menerusi aktiviti ekskavasi.

Rujukan :
1. Archaeology: The Basics oleh Clive Gamble
2. Arkeologi Islam Nusantara oleh Uka Tjandrasasmita
3. Introduction to Archaeology oleh Lesley Adkins
4. Key Concepts in Public Archaeology by Gabriel Moshenska

Comments

Popular posts from this blog

H O L O C E N E

Holocene means  entirely recent  as it dates back to approximately 11,700 years BP, though the term “ Recent ” as an alternative to Holocene is invalid and should not be used. The Holocene epoch was the second series of Quaternary System or Period which consists of Pleistocene and Holocene epoch. The name comes from Greek words which are  holos  (whole/entire) and  kainos  (new). The Holocene epoch is also known as Anthropogene, The Age of Man, the last ice age and current time. It is characterized by warm temperature and major ice sheets covering parts of land surface which are retreating back to the Arctic, which also known as interglacial interval. When Holocene was taking place, the temperature became higher which causes the ice to melt; thus making wet areas became dry. Therefore, the desiccation of pluvial lakes occurred as temperature rises, drying up the water and disappearing said lakes. Sahara has witnessed this occurrence where pluvial lakes dried up due to higher temperatur

PREHISTORY OF THE INDO-MALAYSIAN ARCHIPELAGO

REKOD ARKEOLOGI KOMUNITI AWAL AUSTRONESIA Berdasarkan penulisan Peter Bellwood,   bahasa merupakan saksi penting kepada identiti etnik zaman   lampau dan juga zaman sekarang kerana prasejarah etnolinguistik Austronesia mesti wujud dalam bentuk tulisan untuk membuktikan kewujudan mereka.   Prasejarah etnolinguistik yang berbentuk tulisan lebih penting nilainya berbanding material culture.   Hal ini dikatakan sedemikian kerana material culture mempunyai kemampuan yang lebih rendah untuk bertahan di tapak arkeologi berbanding bukti linguistik.   Bukti-bukti linguistik turut menyatakan bahawa orang Austronesia terawal berkembang dari selatan China, menerusi Taiwan, dan terus ke bahagian selatan Filipina, Indonesia dan Oceania.   Ekonomi mereka berasaskan agrikultur dan haiwan ternakan. Selain itu, mereka turut mempunyai teknologi penghasilan tembikar, berlayar menggunakan kanu dan pembinaan rumah kayu.             Semasa perkembangan milenia ke arah selatan dan ke dalam Oceania, ke